Klik di sini
atau link http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560a42ba49275.pdf
"Tiadalah (haiwan) yang melata di bumi dan tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya melainkan semuanya itu umat seumpama kamu juga" Surah Al-An'aam 38
Pengurusan Ternakan 
Mesin Incubator
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu output ladang yang maksimum. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Output yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan / minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman pembesaran.