Monday, May 23, 2011

Ayam Penelur

Penternakan Ayam Penelur


Baka Ayam Penelur
Lohman
Isa Brown
Golden Comet
Hisex
Hyline
Goldline
Sitaver
H&N
Bab cock
Telur Ayam
Antara ayam dan telur sapa dulu wujud? Ape yang pasti...Telur dikenal sebagai sumber penting protein yang relatif murah dan harganya cukup terjangkau. Bahagian kuning telur ternyata padat akan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Orang kata, telur merupakan sumber protein yang paling murah, mmg la sgt klu nak bandingkan dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein drpd telur diterima oleh badan, hebat tue...
Gred Telur
Harga telur Ayam Di Malaysia telur ayam dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. telur dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga turun-naik

Gred telur
Gred A=64 gram
B=57-63 gram
C=50-56 gram
D=42-49 gram
E= Bawah 42 gram
Piawai Antarabangsa
AA-70 grm
A -64 grm
B -59 grm
C -54 grm
D -49 grmE -48 grm
Fakta tentang telurTelur ayam kini bukan hanya menjadi sumber protein mudah dan murah kepada pengguna, sebaliknya kini memiliki ciri-ciri dan fungsi tertentu seperti kaya dengan vitamin, mineral dan rendah kolesterol.
Ayam betina yang diternak untuk tujuan penghasilan telur, tidak pernah dikelaminkan dengan ayam jantan seperti proses penghasilan telur bagi tujuan penetasan anak ayam. Seekor ayam menghabiskan kira-kira 110 gram makanan sehari. Bagaimanapun, telur pertama yang dihasilkan setiap ayam ketika berusia 17 minggu tidak mempunyai nilai pasaran kerana beratnya tidak mencapai 40 gram.
Setiap telur ayam mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada suhu bilik sebelum telur merahnya pecah dan membusuk pada hari ke 28. Hayat telur meningkat tiga kali ganda jika disimpan dalam peti sejuk.
Bagi telur yang tersimpan lama dan tidak diketahui tarikhnya, pengguna dinasihat memecahkan terlebih dulu telur itu dalam piring, jika telur merahnya belum pecah, ia masih boleh dimakan.
Telur juga boleh dikenal pasti sama ada masih baik atau sudah rosak secara dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Telur yang rosak akan terapung kerana poket udara yang terbentuk dan membesar di dalamnya.
Seekor ayam telur di ladang mampu menghasilkan sehingga 280 telur sepanjang tempoh dua tahun hidup dalam reban.
Selepas itu, ia akan dijual sebagai ayam tua kerana pada umur itu, ayam sudah melepasi tahap penghasilan telur yang baik apabila gagal menepati prinsip empat hari tiga telur walaupun kuat makan tetapi kurang bertelur.
Setiap ayam mengambil masa 21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum dikeluarkan. Selepas berehat sekejap, proses penghasilan telur dalam badan itu berulang semula.
Keadaan itu menyebabkan ayam terbabit hanya makan dan menghasilkan telur sepanjang masa kerana tiada aktiviti yang dilakukan dalam kotak kurungan dalam reban. Berikutan keupayaan ayam makan kira-kira 110 gram dedak sehari, ia juga membuang 100 gram najis untuk tempoh sama
Reka bentuk reban
Saiz reban yang optimum adalah 40-48 kaki lebar, tinggi 7 kaki dan panjang 400-500 kaki
Contoh saiz reban 12 X120 meter (40 x400 kaki)
Orientasi memanjang sebaiknya mengarah timur ke barat utuk mengurangkan kesan langsung pancaran matahari keatas ayam
Jarak reban
Jarak antara reban sekurang-kurang sama lebar dengan reban bersebelahan
Tiada pokok / bangunan menghalang peredaran udara bersih
Kemudahan rumah tempat rehat pekerjaa jaraknya dari reban sekurang-kurangnya 15 meter dari reban


Kawalan lalat
Pemantauan infestasi lalat menggunakan Scunder Fly grill mesti tidak lebih dari tahap 10.
Rekod ubat ( eg Snip, Neporex, Norvatis)
Stor tinja kering dan bersih

Kawalan bau
Tahap bau terkawal supaya tidak mengganggu persekitaran

Kawalan habuk
Tiada pencemaran

Kawalan bunyi
Tahap bunyi dari aktiviti perladangan yang dijalankan adalah minima

Pelupusan ayam
Dilupuskan segera secara sistematik samaada deep-pit, ditaanam, bakar (insenerator) atau kompos

Kemudahan menggred telur
Terletak tidak kurang 30 kaki dari ladang
Bahagian berhampiraan ladang berdinding rapat
Dicuci setiap hari selepas waktu bekerja

Bilik penyimpanan
Kalis burung (ditutup/ dipasang jarring)
Kalis tikus ( Tertutup/ Adakan program kawalan)
Suhu kurang dari 28°C dan bersih
Perlunya Pencahayaan pada ayam pedaging
Berikan cahaya 24 jam sehari kepada anak ayam dari umur sehari termasuklah penggunaan cahaya tiruan setelah itu dikekalkan pemberian cahaya 12 jam
( Cahaya asli) sehingga berumur 16 minggu
Setelah itu tingkatkan pemberian cahaya ½ jam setiap minggu sehingga pemberian cahaya sebanyak 17 jam ketika umur 26 minggu.Kekalkan pemberian cahaya sehingga tamat pengeluaran
Pemindahan ayam dara kesangkar penelur dilakukan sebelum 10 hari sebelum pengeluaran telur
Isi ayam penelur kedalam sangkar penelur mengikut muatan sangkar
Memotong paruh ( ini pada anak ayam Penelur saja)
Tujuan elak pematukan sesama sendiri dan pembaziran makanan
-Potong ketika umur 6-9 hari atau 10-12 minggu
-potong lebih kurang 4.5 mm dari lubang hidung
-muncung bayah lebih panjang dari muncung atas
- sekiranya berlaku pendarahan kelar dengan besi panas
Ayam mula bertelur antara 18-20 minggu
Dikutip sekurangnya 2 kali sehari
8.00pg –2.00 petang selepas pukul 3.00petang kurang telur
1 ekor ayam telur memakan 110 grm layer mendapat sebiji telur
sepanjang hayat ayam telur mengeluarkan 180-200 biji
Makanan ayam penelur
Makanan permulaan (Starter) 1 hari- 8 minggu
Makanan ayam pembesar (Grower)8 minggu-18 minggu
Makanan ayam penelur (Layer)18 minggu- tamat

29 comments:

  1. boleh saya tau mengenai bajet yang diperlukan bagi projek ayam penelur. serta kos yang digunakan bagi mesin gred telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saya juga perlukan maklumat ini... kalau sesiapa sudi berkongsi

      Delete
  2. Info yang sangat baik untuk yang berhasrat memulakan business ini! Terima kasih!!!

    ReplyDelete
  3. Perlu lesen untuk penternakan ayam penelur

    ReplyDelete
  4. Ayam telur nie perlukan jantan x untuk bertelur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makanan permulaan,pembesar dan penelur berapa gram sukatan d perlukan dan berapa kali sehari utk seekor ayam itu makan.

      Delete
  5. Kt mana saya boleh dapatkan anak ayam telor? Saya nak order 1000 ekor..

    ReplyDelete
  6. Budget cost untuk permulaan ternak ayam daging dan penelur? Cost yg diperlukan dan jangkamasa pulangan hasil? Pasaran ayam daging? Pinjaman dan jumlah yang sesuai bagi peringkat permulaan?

    ReplyDelete
  7. DONACO POKER KEPALA BAPAK KAU ! ORANG NAK CARI REZEKI HALAL ANJING! KAU AJAK JUDI

    ReplyDelete
  8. berapa keluasan petak untuk seekor ayam

    ReplyDelete
  9. dimanakah saya boleh dapat baka ayam penelur

    ReplyDelete
  10. Sesiapa ada jual ayam penelur, whatsapp saya 01110921708

    ReplyDelete
  11. saya nak hubungi siape sebab berminat

    ReplyDelete
  12. Siapa ada jual ayam petelur,bahagian area tawau ,whatsapp saya 0176776757

    ReplyDelete
  13. Mcm mna permulaan untuk menternak ayam petelur. Sya brminat

    ReplyDelete
  14. mengapakah bidai perlu dianaikan setiap kali selepas diselenggara?

    ReplyDelete
  15. SALAM SAYA INGIN TAHU DIMANA INGIN MENDAPTKAN REBAN AYAM TELUR SEPERTI GAMBAR DIATAS YG PASANG SIAP DAN BERAPA HARGA

    ReplyDelete
  16. Saya ingin tahu bagaimana cara nak jadi perternak ayam petelur..?

    ReplyDelete
  17. Saya ingin belajar. Jadi perternak ayam petelur..

    ReplyDelete
  18. ayam petelur.dkt area nilai mane boleh dapat tolong wathsup

    ReplyDelete
  19. Sapa ada jual ayam petelur area beaufort sabah.. Atau kwsan yg dekat dengan beaufort sabah.. Blh whatsapp sy... 0146593073..

    ReplyDelete
  20. Dimana saya boleh dapatkan ayam telur saya dari kelantan malaysia. Berminat juga ni

    ReplyDelete
  21. Asalamulaikum
    Kat area kulai Johor kat mane nk dptkn anak ayam penelur..0182956989 bolh WhatsApp saya..tgh mncari bka ank ayam pnelur

    ReplyDelete
  22. Slm smua.sy dri johor.sy nk cri pembekal anak ayam telor.0177800705

    ReplyDelete
  23. Slm saya juga mencari pembekal anak ayam penelor, saya Dr Johor
    0177970441

    ReplyDelete
  24. Kat mana saya boleh beli sangkar ayam pertelur,

    ReplyDelete